Tuesday 16 April 2013

PERHIMPUNAN RASMI PENGAWAS PUSAT SUMBER 2013

                   

Perhimpunan rasmi berlangsung pada hari isnin dan dihoskan oleh Pengawas Pusat Sumber Sekolah.
Bertempat di Tapak Perhimpunan , ianya dimulakan pada jam 7.30 pagi. Sudah menjadi norma lagu Negaraku dan Lagu Kebesaran Negeri Perak berkumandang pada perhimpunan rasmi. Turut sama berada di Majlis ini adalah, Pengetua Sekolah dan barisan penolong kanan. Seperti biasa pelajar yang ditugaskan, membaca doa pembuka majlis dan membaca buku peraturan sekolah .




guru yang bertugas memberi teguran dan laporan .

antara kandungan guru bertugas adalah berkenaan kebersihan kelas . Buang sampah sarap ke dalam tong sampah yang telah disediakan dan sentiasa bertanggungjawab terhadap kebersihan sekolah . Guru bertugas juga menyentuh tentang adab dan tertib makan di kantin sekolah. Pelajar hendaklah mengamalkan amalan makan di kantin dengan penuh adab dan tertib. Bukan itu sahaja , guru tersebut turut menegaskan tentang amalan memberi salam kepada guru. Pelajar hendaklah mengamalkan amalan ini sepanjang berada di kawasan sekolah. Tidak mengira samada guru tersebut mengajar mereka atau tidak. 









farah dan syamimi membaca " learn a word a day "








barisan² pengawas pusat sumber sekolah !!



pada majlis tersebut juga , penyampaian hadiah & sijil kepada pemain olahraga yang berjaya turut 
diraikan !!







majlis diteruskan lagi dengan ucapan daripada Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Bersia Felda (SMKBF) iaitu Tuan Haji Mohd Kamil Bin Ab Rahman .



Majlis telah sampai ke penghujung . Sebelum perhimpunan rasmi berakhir , pelajar² dan guru²
berdiri untuk menyanyikan lagu Perak Sentiasa di Puncak Kecemerlangan dan Lagu Sekolah ..


LAGU SEKOLAH
(SCHOOL SONG)

Berdikari Berusaha Berjaya 
Itulah Cogan Kami
Sekolah Menengah Bersia Felda
Kami Tumpahkan Setia

Pendidikan Yang Diperolehi
Akan Kami Amalkan 
Untuk Menaburkan Bakti Suci 
Pada Nusa dan Bangsa

Berikrar Kami Semua
Mengharumkan Nama Sekolah Kita 
Berdisiplin Setiap Masa 
Menempa Sejarah Jasa 

Berdikari Berusaha Berjaya 
Itulah Cogan Kami
Sekolah Menengah Bersia Felda
Kami Tumpahkan Setia









No comments:

Post a Comment

✿ Assalamualaikum ✿
Sila tinggalkan komen anda di sini
SATU pun jadi lah ! hehe .